Sisatan NFC: PAC Fokus Laporan Ketua Audit

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai kelemahan pengurusan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) pada Rabu ini akan memberi tumpuan berdasarkan teguran Laporan Ketua Audit Negara.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pada peringkat awal siasatan terhadap syarikat kontroversi itu tidak akan membabitkan beberapa dakwaan salah laku yang dibuat oleh pembangkang.

"Kita kena pisahkan dengan apa yang orang cakap diluar.

"PAC akan dengar masalah berpandukan kepada Laporan Ketua Audit Negara. Yang lain (dakwaan pembangkang) kita akan ikut perkembangan (nanti)," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

NFC akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung teguran Laporan Ketua Audit Negara mengenai kaedah pengurusan dan pentadbiran kewangan pada Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan pada bulan lalu, pembangkang membuat beberapa dakwaan termasuk penyelewengan peruntukan kerajaan bernilai RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd.

Malah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(JSJK) Bukit Aman sudah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Kes pembelian kondominium itu dirujuk oleh polis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ia diklasifikasikannya sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah bidang kuasa SPRM seperti yang termaktub dalam Akta SPRM (ASPRM 2009).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan