Penahanan Tanpa Perbicaraan Perlu Untuk Perangi Keganasan - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang akan dimansuhkan tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.

Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.

"Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.

"Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun...kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini," katanya.

Malaysia juga belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang telah menghapuskan akta-akta sedemikian tanpa berfikir panjang dan akhirnya padah menimpa mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Inovasi dan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini pada Isnin.

Hishammuddin berkata Barisan Nasional sebagai parti yang mentadbir negara tetap akan bertanggung jawab dan mematuhi segala undang-undang yang akan dilaksanakan kelak untuk kesejahteraan rakyat.

Pada 15 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Ditanya mengenai antara perkara baru yang akan dimasukkan dalam undang-undang baru itu, Hishammmuddin berkata ia termasuklah tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk membuat rayuan.

Beliau berpendapat perkara-perkara itu tidak sukar untuk dilaksanakan kerana proses pindaan ISA sudah dimulakan sejak dua tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan