Pakaian Seragam Lengkap Untuk Semua Anggota Rela - Berita Semasa | mStar

Pakaian Seragam Lengkap Untuk Semua Anggota Rela

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan membekalkan pakaian seragam lengkap kepada 2.7 juta anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk digunakan ketika menjalankan tugas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata setakat ini kementerian telah membekalkan pakaian seragam lengkap kepada 305,500 anggota Rela yang aktif manakala 2.4 juta anggota lagi terpaksa menunggu peruntukan daripada kerajaan.

"Kos bagi membekalkan seorang ahli Rela dengan sepasang pakaian seragam yang lengkap adalah kira-kira RM400, ini bererti ia memerlukan peruntukan RM960 juta," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin, ketika mejawab soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang).

Abu Seman berkata pengagihan pakaian dan kelengkapan itu dibuat mengikut keutamaan bagi anggota Rela yang aktif dalam menjalankan tugas.

"Kita juga menyediakan pakaian seragam penuh bagi anggota Rela yang bertugas mengawal di lapangan terbang kecil khususnya di kawasan sekitar Sabah dan Sarawak dan pengawal di depot tahanan Imigresen," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan