Industri Perfileman Malaysia Terus Berkembang - Rais

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Industri perfileman negara akan melangkah setapak lagi dengan siapnya Pinewood Iskandar Malaysia Studios di Johor tahun depan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata studio yang dilengkapi kemudahan dan teknologi moden serta canggih dalam produksi filem itu dijangka meningkatkan mutu filem negara ini.

"Dengan studio dari luar negara, kita akan mendapat pelbagai kemudahan dan teknik baru dalam produksi dan sinematografi yang tinggi mutunya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM 24) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini Ahad.

Pinewood Iskandar Malaysia adalah kerjasama antara Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd, milik penuh Khazanah Nasional Bhd dengan syarikat terkenal dunia Pinewood Shepperton PLC untuk melaksanakan pembangunan kemudahan produksi media bertaraf dunia di Iskandar Malaysia.

Studio yang dibina di kawasan seluas 32 hektar, berhampiran Medini di Nusajaya bakal menyediakan 100,000 kaki persegi kawasan pentas filem dan 60,000 kaki persegi studio televisyen.

Sementara itu, Rais berkata industri perfileman Malaysia kian berkembang bukan sahaja dari segi persembahan dan mutu sinematografi tetapi dari segi pasarannya.

"Filem-filem buatan Malaysia seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan KL Gangster telah mencapai tahap teknik dan pasaran yang membanggakan.

"Kementerian menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan berusaha menampung beberapa perolehan yang baik," katanya.

Mengenai FFM 24, Rais berkata ia menjadi penanda aras kepada kualiti skor pencapaian produk berteraskan filem di negara ini apabila 41 filem cereka, 31 filem pendek, enam filem bukan berbahasa kebangsaan dan lapan filem animasi dipertandingkan.

"FFM 24 merupakan malam mercu penayangan filem-filem tanah air kita. Kita berharap pada tahun hadapan kita peroleh pendekatan baru di mana pengisian budaya akan kita tentukan," katanya.

Pada FFM 24 ini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Finas memperuntukkan wang tunai RM1 juta ditambah dengan pelbagai tajaan dalam bentuk barangan serta perkhidmatan, menjadikan sumbangan dana kali ini mencecah RM6 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan