Beri Peluang Remaja Pilih Bidang Diminati - Rosmah

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Remaja harus diberi peluang menerokai bidang yag mereka minati agar mereka dapat menyumbang secara produktif kepada negara, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya golongan itu harus dibimbing dan digilap dengan sempurna agar dapat menyerlahkan potensi sebenar mereka sebagai pewaris pelapis negara.

Rosmah berkata golongan belia berusia antara 15 dan 29 tahun ketika ini berjumlah 7.6 juta orang atau 26.2 peratus daripada keseluruhan rakyat negara ini.

"Jumlah yang besar ini menunjukkan bahawa negara kita mempunyai 'talent pool' yang besar dan terdapat ramai anak muda yang berpotensi untuk menjadi bakal pemimpin pada masa akan datang," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Komuniti Permata Perkasa Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai dan Pantai Ria, Pantai Dalam di sini, Ahad.

Beliau berkata remaja juga harus mempunyai sifat ketimuran, bersopan santun serta tahu menilai khidmat dan berterima kasih terhadap orang lain.

Pusat komuniti itu, projek perintis di bawah progam Permata dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk kemahiran hidup seperti kelas membuat dan menghias kek, fotografi, vokal dan muzik, solekan dan andaman serta kelas melukis kasut.

Pusat aktiviti itu juga mengendalikan "Homework Club" yang bertujuan memberi bimbingan akademik kepada pelajar peringkat menengah untuk menyiapkan kerja sekolah setiap hari dengan mendapat bimbingan daripada penuntut UKM.

Setakat ini, seramai 750 remaja telah melibatkan diri dalam aktiviti di pusat komuniti berkenaan sejak ia mula dibuka pada Mac 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan