M'sia Boleh Capai 5-6 Peratus Pertumbuhan Tahun Ini, Kata Najib

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak lima hingga enam peratus menjelang akhir tahun ini menerusi perancangan kerajaan yang rapi, dasar yang mantap serta pelaksanaan yang berkesan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Presiden Umno itu berkata, tiga ramuan penting kerajaan itu telah terbukti berkesan dalam membangunkan negara selama ini.

"Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu membawa kejayaan kepada negara. Kejayaan itu adalah kerana Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang telah diuji and telah membuktikan kemampuan kita dalam membangunkan negara," kata beiau.

"Kejayaan ini amat bermakna sekali kerana kita sudah membuat perancangan rapi. Suku ketiga kita telah capai 5.8 peratus (Insya Allah), kemungkinan lima hingga enam peratus menjelang akhir 2011," kata beliau pada majlis perasmian penutup Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 di sini, Ahad.

Najib, yang juga Presiden BN itu, juga berkata pertumbuhan suku ketiga itu merupakan bukti yang dapat menolak tohmahan pihak pembangkang mengenai kebenaran pertumbuhan itu.

"Kalau ada yang mengatakan pertumbuhan 5.8 peratus ini tak mungkin, pembangkang mengatakan tidak betul dan tersasar tapi kita telah membuktikan bahawa pada suku yang ketiga, kita telah mendapat 5.8 peratus," kata beliau.

Perdana Menteri, yang baru sahaja pulang dari Sidang Kemuncak Asean di Bali, Indonesia, berkata Malaysia bertuah kerana berada di bawah kategori negara yang masih mengalami pertumbuhan ekonomi dan mampu menyediakan pekerjaan kepada rakyatnya.

Beliau berkata ini adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang berada di bawah kategori negara yang mengalami pertumbuhan tetapi tidak mampu menyediakan pekerjaan serta Itali dan Greece yang berada di bawah kategori negara yang mengalami penguncupan dari segi ekonomi dan mempunyai banyak masalah.

Najib berkata menerusi karnival pekerjaan seperti ini, rakyat bukan sahaja berpeluang mencari peluang pekerjaan baru bagi lepasan graduan dan yang masih bekerja tetapi juga menyediakan platform bagi mereka yang mahu mencari sumber kewangan bagi memulakan perniagaan.

Karnival kerjaya yang bermula sejak Mac, sehingga kini telah berjaya menawarkan sebanyak 85,000 tawaran pekerjaan dan 24,000 telah diisi setakat ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan