Kabinet Lulus Pesawat Sewa Khas Bawa Pulang Skuad B-23

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pemain skuad Bawah 23 Tahun Malaysia yang akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini, akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di sini malam Isnin.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Kabinet ketika mesyuarat mingguan Jumaat lalu meluluskan permohonan daripada kementeriannya untuk menggunakan pesawat komersil tambang murah AirAsia bagi membawa pemain skuad B-23 negara kembali ke Malaysia.

"Ini menunjukkan pengiktirafan Kabinet terhadap atlet Malaysia. Jika di edisi Laos dulu, kita menggunakan pesawat tentera, kini menggunakan pesawat komersil sewa khas," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Ketika Sukan SEA di Laos dua tahun lepas, skuad bola sepak Sukan SEA negara ketika itu terpaksa menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk ke Vientiane, selepas ketiadaan pesawat komersil menjelang bermulanya perlawanan acara itu.

Ahmad Shabery berkata sebaik selesai perlawanan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam Isnin, pemain akan terus dibawa ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dan menaiki pesawat tersebut untuk pulang.

Keprihatinan Kabinet itu katanya adalah berdasarkan berdasarkan skuad kendalian Ong Kim Swee itu terpaksa mengharungi tiga perlawanan berturut-turut di sini dengan tempoh rehat hanya selang sehari.

Bermula dengan perlawanan menentang Indonesia pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan A pada Khamis, skuad negara kemudiannya menentang Myanmar pula pada penentuan separuh akhir malam Sabtu dan akan bertemu Indonesia sekali lagi di perlawanan akhir malam Isnin.

Skuad B-23 negara kemudiannya akan menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini dalam kempen kelayakan Olimpik.

"Dengan menggunakan pesawat sewa khas, pemain negara dapat berehat selama dua hari pada Selasa dan Rabu sebelum bertemu Syria," kata Ahmad Shabery.

Mengulas mengenai perlawanan final malam Isnin, beliau berkata pemain negara semakin matang dan mampu berdepan tekanan psikologi dari penonton tuan rumah.

"Jika terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke stadium, saya rasa mereka telah beberapa kali menaikinya sejak dari kejohanan Piala Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 2010 dan terbaru pada perlawanan akhir Kumpulan A Sukan SEA pada Khamis.

"Mungkin langkah tersebut juga dapat menjamin keselamatan pemain negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan