Integrasi Ekonomi Asean-Asia Timur Sedang Dikaji

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSA DUA (BALI): Asean dan rakan-rakan dialog sedang mengkaji perluasan integrasi ekonomi dengan melihat kemungkinan untuk mewujudkan hanya satu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara pertubuhan serantau itu dengan kesemua rakan perdagangannya di kawasan Asia Timur.

Pada masa ini Asean telah mewujudkan FTA secara berasingan dengan enam rakan dialog di kawasan Asia Timur iaitu FTA Asean-China (2005), FTA Asean-Korea (2006), FTA Asean-Jepun (2009), FTA Asean-India (2010) dan FTA Asean-Australia dan New Zealand (2010).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata untuk memastikan pemusatan Asean dikekalkan dalam proses perluasan itu, Menteri-menteri Ekonomi Asean telah menggariskan satu set prinsip umum dalam usaha memperluas dan memperdalam hubungan Asean dengan rakan-rakan FTAnya.

Sehubungan itu Sidang Kemuncak Asean ke-19 di sini,katanya telah memperakukan Rangka Kerja Serantau bagi Kerjasama Komprehensif.

Para pemimpin pertubuhan serantau itu juga telah memperakukan pelan kerja bagi Asean untuk mewujudkan templat Asean Campur Satu FTA, dengan mengambl kira Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur (EAFTA - Asean+3) dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (Asean+6), katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Mustapa berkata Sidang Kemuncak Asean ke-19 bersetuju menerima cadangan bersama oleh Jepun dan China agar tiga kumpulan kerja dibentuk bagi menjalankan kajian integrasi berkenaan iaitu Kumpulan Kerja Perdagangan, Kumpulan Kerja Sektor Perkhidmatan dan Kumpulan Kerja Pelaburan.

Ketiga-tiga kumpulan kerja itu akan meneliti butiran terperinci modaliti bagi integrasi ekonomi itu dan semua rakan perdagangan FTA akan kemudiannya turut diundang menyertai kumpulan kerja berkenaan.

Menteri itu berkata sidang kemuncak telah mengarahkan supaya semua kerja berkaitan dengan tempat dan modaliti berkaitan dengan tiga kumpulan kerja itu dimuktamadkan sebelum Sidang Kemuncak Asean ke-21 pada November 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan