Buku "The Causeway" Terbitan Usaha Sama Malaysia-Singapura Dilancarkan

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura melancarkan sebuah buku berjudul 'The Causeway' yang menceritakan perkembangan awal sistem pengangkutan di Selat Johor sehingga terbinanya Tambak Johor pada 1899.

Buku yang diterbitkan atas usaha sama kedua-dua negara dilancarkan bersama oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian Singapura Dr Yaacob Ibrahim sempena "Konsert Muzika Ekstravaganza 2011" di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan persembahan konsert, Rais berkata penerbitan buku tersebut merupakan satu hasil yang sangat membantu dalam memajukan hubungan dua hala antara kedua-dua negara di masa depan.

Beliau yang mencetuskan ilham penerbitan buku tersebut semasa menjadi Menteri Luar pada sekitar 2008 berkata buku tersebut akan memberikan inspirasi kepada rakyat kedua-dua negara, khususnya Malaysia untuk menghargai sesuatu sejarah dan pembinaan tambak itu berperanan mencantumkan kebudayaan kedua-dua negara seterusnya menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih baik ketika ini.

"Kita perlu melihatnya dari segi peningkatan ekonomi, seni budaya dan perhubungan diplomatik dan politik kedua-dua negara semakin bertambah, dan lambang Tambak Johor inilah yang boleh dikemukakan untuk menjadi pernyataan kepada kedua-dua negara," katanya.

"Kita lihat di situ sejarah telah mencantumkan kita dan dari segi hubungan dua hala Tambak Johor ini sesungguhnya merupakan satu lambang yang akan kekal sampai bila-bila," katanya.

Buku yang diterbitkan dalam bentuk buku mewah setebal 188 halaman terbitan bersama antara Arkib Negara Malaysia dan Arkib Negara Singapura memaparkan bahan-bahan dalam bentuk gambar berkaitan Tambak Johor di mana skop penulisan merangkumi tahun 1899 hingga 2009.

Antara paparan menarik yang terkandung dalam buku yang terbahagi kepada enam bab yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu ialah peristiwa gilang gemilang pembukaan dan perasmian Tambak Johor pada 28 Jun 1924, crossing the Johore Straits 1899-1912, the grand plan-engineering the Causeway 1919-1923 dan reflection on the Causeway.

Secara keseluruhan buku yang dijual pada harga RM120 senaskah itu memaparkan 235 keping gambar sumbangan arkib kedua-dua negara termasuk yang diperoleh daripada institusi-institusi lain seperti The National Archives of United Kingdom, Singapore Press Holdings Lomited, Jabatan Penerangan Malaysia dan New Straits Times Press Malaysia.

Sementara itu, Konsert Muzika Ekstravaganza kali keenam itu merupakan program kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura disiarkan secara langsung di saluran TV2 (RTM) dan Suria (Mediacorp).

Rancangan yang diterbitkan sejak 20 tahun lalu itu menampilkan barisan artis popular dari kedua-dua negara seperti Datuk David Arumugam, Francisca Peter, Azlan and The Typwriter, Rudy Djoharnaen dan Hanafi Warren. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan