Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang Dijangka Siap Julai 2017

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Rancangan bagi pembinaan laluan MY Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang berjalan lancar dengan laluan berkenaan dijangka beroperasi pada Julai 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation Datuk Azhar Abdul Hamid.

Beliau berkata MRT Corporation akan cuba mengelak daripada pemerolehan tanah selagi boleh terutama memandangkan kos tanah dalam pusat bandar raya Kuala Lumpur agak mahal.

"Perbincangan mengenai isu perundangan berkaitan tanah masih berjalan dan diharapkan kami boleh menyelesaikan isu tanah ini pada akhir tahun atau tahun depan," kata beliau kepada pemberita semasa pelancaran Kiosk Maklumat MRT di Plaza Metro Kajang, pada Sabtu.

Beliau berkata MRT Corporation telah mengambil kira isu-isu berhubung bangunan warisan dan kehidupan di Jalan Sultan.

Dalam usahanya untuk meningkatkan kesedaran awam tentang projek MRT, MRT Corporation melancarkan kiosk maklumat mengenainya di sini.

Selain di Plaza Metro Kajang, syarikat juga mempunyai kiosk maklumat di Tesco Mutiara Damansara.

"Kiosk maklumat yang diadakan baru-baru ini di dua pusat membei-belah yang sibuk di Lembah Klang terbukti mendapat perhatian ramai dengan lebih 12,000 pengunjung pada purata 790 orang sehari sejak bermula pada 1 Nov," katanya.

Azhar berkata syarikat juga akan membuka kiok di lokasi lain termasuk Jusco Maluri, stesen LRT Pasar Seni, Cheras Leisure Mall, The Store Sungai Buloh dan stesen LRT Bangsar.

Kiosk maklumat itu merupakan sebahagian kempen MRT Corporation terhadap penglibatan awam yang lebih luas yang akan melibatkan pameran bergerak serta pusat maklumat tetap yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Unit maklumat MRT mudah alih juga akan diwujudkan yang akan membolehkan MRT Corporation membawa maklumat kepada rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan