Dakwah Efektif Guna ICT - Musa Aman

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dakwah boleh disampaikan dengan lebih efektif jika pendakwah dan pertubuhan Islam memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata teknologi serba canggih itu menyediakan banyak ruang untuk berdakwah secara bersepadu serta pemerolehan ilmu dan maklumat secara pantas.

"Kita perlu meneroka pelbagai disiplin ilmu seperti sains dan teknologi agar usaha dakwah yang dilakukan dapat dimantapkan dan menjadikan kita lebih proaktif dan inovatif.

"Kepelbagaian ilmu seperti ini akan mengupayakan kita untuk memberi kefahaman dalam menjayakan misi kita kepada golongan sasaran dengan lebih berkesan dan berkualiti," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) di sini, Sabtu.

Musa berkata pertubuhan Islam seperti Usia perlu melaksanakan transformasi sesuai dengan tuntutan semasa menerusi pendekatan yang realistik dan komprehensif.

Pada majlis itu, Musa turut melancarkan laman web sosial Islam Usia iaitu www.Usia.my. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan