BN Tidak Hanya Bergantung Kepada Sabah, Sarawak - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Barisan Nasional (BN) tidak hanya bergantung pada dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi juga pada negeri-negeri lain di Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kedua-dua negeri dan juga Labuan telah disifatkan sebagai deposit tetap bagi BN, gabungan itu sepatutnya berupaya memenangi semula negeri-negeri lain yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

"Kita sepatutnya berupaya menawan semula negeri-negeri lain yang kini diperintah pembangkang pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Muhyiddin berkata fokus dan perhatian samarata diberikan kepada semua negeri termasuk yang ditadbir pembangkang kerana menurutnya kerajaan BN sentiasa mengamalkan sikap adil.

"Kami akan terus mengekalkan pendekatan 'touch point' dalam membantu rakyat. Kami mahu rakyat tahu yang kami prihatin dan ikhlas dalam membantu mereka," katanya pada sidang akhbar di sini selepas melakukan lawatan sehari ke Labuan pada Sabtu.

Mengenai keputusan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata langkah itu tidak akan menjejaskan undi kaum Cina pada pilihan raya.

"Kami (BN) menghargai keputusan itu. Ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada kami dalam pilihan raya. Kami percaya beliau telah membincangkannya dengan anggota parti. Apa yang lebih penting ialah parti (Gerakan) akan terus bekerjasama dengan BN," katanya.

Terdahulu Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengadakan perjumpaan tertutup dengan Umno Labuan dan parti-parti komponen BN negeri dan diberikan taklimat mengenai persediaan pilihan raya oleh pemimpin Umno.

"Saya berpuas hati dengan taklimat yang diberikan. Isu perpaduan yang pernah dibangkitkan sebelum ini tidak harus dipersoalkan lagi. Semuanya baik, saya tidak melihat sebarang masalah mengenai perpaduan di pulau ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan