Berjaya Air Mula Perkhidmatan Berjadual Ke Langkawi

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Berjaya Air menawarkan perkhidmatan penerbangan berjadual ke pulau peranginan ini mulai hari ini bagi memenuhi permintaan pelancong yang semakin meningkat. Pengarah Berjaya Air, Datuk Azlan Meah Ahmad Meah berkata, Berjaya Air yang mendapat sokongan daripada kerajaan pusat dan negeri berjaya mengembangkan sayap ke Langkawi dengan menawarkan penerbangan empat kali seminggu.

Beliau berkata penerbangan berkenaan akan menggunakan pesawat jenis ATR-72 500 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Subang.

Katanya, perkhidmatan itu ditawarkan ekoran beberapa program yang dilancarkan oleh kerajaan termasuk mempromosikan Langkawi ke serata dunia.

Perkhidmatan ini akan meningkatkan ketibaan pelancong ke pulau peranginan ini dan ia menjadi rangsangan serta dorongan kepada syarikat kami untuk memenuhi permintaan itu," katanya pada Majlis Permulaan Perkhidmatan Penerbangan Berjadual di Langkawi, di sini. Pada masa ini beberapa syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly dan SilkAir dari Singapura telah mengadakan penerbangan berjadual ke pulau ini.

Selain Langkawi, Berjaya Air menawarkan perkhidmatan penerbangan dari Pangkalan Terminal Sky Park, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Pulau Redang, Pulau Tioman, Koh Samui, Thailand serta penerbangan terus menghubungkan Singapura ke Pulau Tioman dan Pulau Redang.

Berjaya Air juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan hotel-hotel dan resort bagi menyediakan pakej pelancongan kepada pelancong domestik dan antarabangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan