Pos Malaysia Terbitkan Setem Khas Terowong Smart

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia akan menerbitkan kumpulan setem khas dan sampul surat hari pertama yang menggambarkan pencapaian terowong SMART pada 21 November ini.

Pengarah Urusan kumpulan Pos Malaysia Datuk Syed Faisal Albar berkata ia sebagai satu penghormatan Pos Malaysia merayakan kejayaan utama sumbangan bidang kejuruteraan kepada negara menerusi penerbitan setem khas, sampul surat hari pertama dan kepingan lukisan kecil.

Sementara itu Ketua Unit Stem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli berkata pihaknya sentiasa berusaha membaiki kualiti bahan keluarannya untuk menarik minat pengumpul setem. "Matlamat Pos Malaysia ialah membangkitkan minat pengumpul setem antarabangsa dengan menghasilkan produk yang lebih menarik setanding dengan di negara Eropah, malah kali ini ia tidak akan dicetak semula," katanya di satu sidang akhbar di sini, Khamis.

Kepingan lukisan kecil berukuran 80mm x 90mm adalah setem pertama dihasilkan Pos Malaysia di peringkat dunia.

Setem-setem bersaiz 45mm x 28mm tiga keping rekaan satu set pada harga 60 sen tiap satu, manakala sampul surat hari pertama berharga 50 sen sekeping boleh dibeli daripada pejabat-pejabat pos seluruh negara. Folder berharga RM5.50 tiap satu bagaimanapun hanya boleh didapati daripada pejabat pos terpilih sahaja. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan