Kekurangan Tenaga Kerja Punca Senarai Menunggu Panjang Untuk Pembedahan - Raja Nazrin

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekurangan tenaga kerja dalam sektor penjagaan kesihatan, terutamanya penjagaan kesihatan sektor awam, menjadi punca kepada senarai menunggu yang panjang bagi pembedahan, titah Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Bukan sahaja berlaku kekurangan pakar bedah tetapi apa yang turut membimbangkan ialah wujud kelemahan daripada segi pengagihan sumber-sumber, titah baginda semasa berucap pada mesyuarat tahunan ke-14 Persatuan Pembedahan Torasik dan Kardiovaskular (MATCVS) di sini hari ini.

"Keengganan doktor-doktor melakukan pembedahan dalam sektor awam yang kurang menguntungkan atau lokasi di pedalaman, disebalik peningkatan faedah dan ganjaran, telah menyebabkan ribuan pesakit tidak mendapat kemudahan untuk mendapatkan rawatan diperlukan mereka, yang menyebabkan pakar-pakar bedah perlu menanggung beban kerja yang teruk," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah selain itu, autonomi pakar-pakar bedah dalam membuat keputusan dilaporkan semakin berkurangan akibat pengaruh luar yang lebih berkuasa dan juga oleh kerana masyarakat kini lebih berpendidikan, wujud hubungan yang lebih setara antara pesakit dan pakar bedah.

"Paternalisme kini semakin menjadi satu norma dan pakar bedah sering berdepan tekanan oleh jangkaan tinggi pesakit dan saudara mara mereka yang mungkin melampui keupayaan pakar bedah.

"Kadang kala, pakar bedah berasa dipaksa oleh pesakit dan saudara mara mereka untuk melakukan prosedur yang amat rumit dan berisiko tinggi dengan hasil yang tidak dapat diramalkan. Selain itu, kebimbangan akan disaman akan mendorong pakar bedah keberatan melakukannya," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah baginda gembira apabila mendapat tahu hospital seperti Institut Jantung Negara (IJN), Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan telah memainkan peranan yang amat diperlukan dalam menyediakan kemudahan pembedahan kardiotorasik kepada orang awam dan pada masa yang sama meningkatkan modal insan dalam bidang itu.

Sementara itu, baginda bertitah penyelidikan menunjukkan penyakit kronik seperti penyakit kardio-pulmonari mempunyai hubung kait dengan gaya hidup dan tabiat seperti pemakanan tidak sihat, tidak melakukan aktiviti fizikal, rokok, alkohol yang bertanggungjawab kepada kira-kira 80 peratus penyakit jantung koronari dan penyakit gangguan pulmonari kronik di negara ini.

Raja Nazrin bertitah di Malaysia, faktor urbanisasi telah menjadikan orang ramai kurang bergerak serta kewujudan banyak makanan tidak sihat, diproses dan tinggi lemak.

"Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga dijalankan pada 2006 menunjukkan kadar obesiti kebangsaan telah mencatatkan peningkatan ketara berbanding dekad lepas daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 12.7 peratus pada 2002 dan kepada 14.2 peratus pada 2006.

"Di sebalik usaha kerajaan membendung tabiat merokok, kadar golongan yang merokok kekal 21.5 peratus daripada jumlah penduduk dan di kalangan lelaki, kadar merokok amat tinggi iaitu 46.4 peratus," titah baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan