Isu Tempat Letak Kereta Kontroversi Akan Diputuskan Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Isu berkaitan bangunan letak kereta kontroversi bernilai RM4.3 juta di kaki Bukit Bendera yang didapati mengalami masalah kecacatan pembinaan akan diputuskan minggu depan, demikian kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Kami tidak dapat membuat keputusan minggu ini kerana penasihat undang-undang negeri tidak dapat hadir pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri disebabkan tugasan lain.

“Jadi oleh kerana isu ini melibatkan isu perundangan kita terpaksa tunggu kehadiran penasihat undang-undang negeri untuk mendapatkan nasihat,” katanya pada sidang akhbar di Komtar, Jumaat.

Sebelum ini, ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng menuduh Lim sengaja mengalihkan tanggungjawab terhadap kecacatan pada bangunan tersebut dengan enggan menjawab segala persoalan mengenai isu berkenaan.

Tan mahu Lim menjawab sama ada terdapat kelulusan pada pelan bangunan tersebut dan juga tentang surat kebenaran kerja kerana isu tersebut tidak terjawab sehingga ke hari ini.

“Sekiranya tidak ada kelulusan pada pelan bangunan, kenapa tidak ada tindakan diambil kerana kerja-kerja pembinaan dan kemudian penamatan kerja dilakukan ketika Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah," ujar Tan.

Tan juga ingin tahu sama ada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), yang merupakan pelaksana projek itu telah membayar keseluruhan kos pembinaan itu kepada kontraktor yang dipertanggungjawabkan membina tempat letak kereta tersebut.

“Siapa yang menandatangani kelulusan pembayaran itu? Lim adalah pengerusi PDC dan kita menjangkakan dia ada jawapan kepada semua pertanyaan ini, kata Tan.

Projek bernilai RM4.3 juta itu telah dikritik oleh pelbagai pihak walaupun ia adalah sebahagian daripada projek menaiktarafkan perkhidmatan kereta api Bukit Bendera yang berjumlah RM73 juta.

Projek itu adalah projek di bawah Kementerian Pelancongan tetapi pelaksanaannya diletakkan di bawah pengawasan PDC.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan