Dr M Saran Koh Tsu Koon Lepas Semua Jawatan Termasuk Dalam Kabinet & Parti

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon seharusnya melepaskan kedudukannya dalam parti dan beri peluang kepada pemimpin muda untuk memimpin, kata bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ini kerana timbul persoalan sama ada kepimpinan Dr Koh akan mampu membantu Gerakan menang kembali pada pilihan raya umum akan datang.

“Di samping membuat keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau juga seharusnya melepaskan jawatannya dalam parti kerana Gerakan telah ternyata gagal di bawah kepimpinannya," kata Dr Mahathir kepada para pemberita selepas melancarkan pameran “War is Crime” di sini, Jumaat.

Dr Mahathir berkata, adalah masih belum terlambat untuk Dr Koh melepaskan jawatannya sebagai presiden parti sebelum pilihan raya umum.

“Saya terlebih dahulu meminta maaflah kerana terpaksa kata macam ini kepada Tsu Koon tetapi secara politiknya, ini adalah tanggungjawabnya untuk melepaskan jawatan,” kata Dr Mahathir.

Ditanya apakah Gerakan mampu memenangi semula kerusi mereka dalam pilihan raya akan datang jika dipimpin oleh orang baru, Dr Mahathir berkata, sesiapa sahaja yang bakal memimpin Gerakan akan berhadapan dengan hari-hari yang sukar tetapi mungkin akan memperolehi sokongan baru.

Katanya lagi, masalah besar di Malaysia ialah menteri tidak begitu rela untuk melepaskan kedudukan mereka dan mahu kekal pada kerusi itu sepanjang hayat sambil menambah dirinya sendiri bersedia untuk berundur untuk memberi laluan kepada timbalannya iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Koh pada Rabu telah pun mengumumkan keputusannya tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya akan datang sama ada di kerusi dewan undangan negeri atau parlimen.

Bagaimanapun beliau masih kekal sebagai presiden Gerakan, BN Pulau Pinang dan sebagai menteri kabinet.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan