Cityliner Tutup Operasi Selepas 10 Tahun Tanggung Kerugian

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Selepas 10 tahun menanggung kerugian, Konsortium Transnasional Bhd (KTB) juga terpaksa menggulung tikar di beberapa kawasan tanah besar.

KTB telah memberikan notis 10 hari kepada kerajaan negeri bahawa bas Cityliner akan berhenti beroperasi bermula 21 November ini.

"Antara sebab-sebab yang diberikan ialah kebanyakan laluan tidak menguntungkan berpunca daripada persaingan daripada pengusaha lain," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow, Khamis.

"Syarikat itu juga menjangkakan kerugian sebanyak RM4 juta dari operasi di tanah besar semata-mata," katanya.

Chow berkata KTB telah mencadangkan syarikat itu dilantik sebagai sub-kontraktor untuk Rapid Penang dan dibayar berdasarkan jumlah tetap per kilometer sebagai pertukaran untuk semua tambang yang dikutip dan kemudiannya dikemukakan kepada Rapid Penang.

"Pengurusan KTB juga mencadangkan bahawa kerajaan negeri mengambil alih laluan dan kontrak dikembalikan kepada mereka, juga terhadap jumlah tetap satu kilometer."

Di ALOR SETAR, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan Tan Joo Long @ Tan Chow Kang berkata beliau telah menerima surat daripada syarikat bas tersebut yang menyatakan hasratnya untuk menghentikan operasi.

"Saya sedang berada di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan masih belum mengkaji kandungan surat itu. Saya hanya akan mengeluarkan kenyataan minggu depan selepas membuat penelitian, " katanya.

Di IPOH, Kerajaan Negeri Perak merancang untuk memberi subsidi kepada lebih banyak pengusaha bas di pelbagai daerah untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada perkhidmatan bas.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri akan mengadakan dialog dengan pengusaha bas di Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar untuk mengetahui bagaimana ia boleh membantu operator.

"Saya faham industri pengangkutan awam sedang mengalami kerugian setiap hari.

"Ia adalah masalah lama yang dihadapi oleh syarikat pengendali dan kami cuba yang terbaik untuk membantu mereka," Dr Mah kepada The Star, Khamis.

Beliau mendedahkan, kerajaan negeri pada masa ini memberikan subsidi kira-kira RM72, 000 sebulan untuk mengekalkan operasi bas di Manjung.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan