BNM Perkenal Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jumaat mengeluarkan garis panduan baru kepada institusi kewangan yang bertujuan menggalakkan amalan pembiayaan runcit yang berhemat, bertanggung jawab dan telus.

BNM dalam satu kenyataan menyatakan, garis panduan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan akan melengkapi langkah-langkah lain yang menggalakkan perlindungan yang lebih baik kepada pengguna kewangan dan pasaran kredit yang mampan bagi memelihara kestabilan kewangan dan makroekonomi.

Garis panduan itu menghendaki institusi kewangan membuat penilaian mengenai kemampuan seseorang peminjam terhadap kemudahan pembiayaan yang diambil, berdasarkan nisbah khidmat hutang berhemat sebagai input kepada keputusan pemberian kredit mereka.

Institusi kewangan perlu membuat semakan sewajarnya terhadap pendapatan bakal peminjam selepas dibuat potongan berkanun seperti cukai dan KWSP serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa menilai kemampuan peminjam.

"Meski pun kesemua ini sejajar dengan amalan semasa kebanyakan institusi kewangan, garis panduan ini akan menggalakkan lagi pendekatan yang lebih teliti dan konsisten merentas industri apabila menilai kemampuan seseorang individu.

"Oleh itu, garis panduan ini memastikan supaya keadaan yang semakin kompetitif tidak akan mendorong institusi kewangan untuk melonggarkan prinsip amalan pembiayaan yang berhemat dan bertanggung jawab," jelas kenyataan BNM itu lagi.

Garis panduan ini juga menetapkan bahawa tempoh maksimum bagi permohonan pembiayaan kenderaan yang diterima mulai 18 November, 2011 tidak boleh melebihi sembilan tahun.

Selain itu, garis panduan ini juga bertujuan untuk menggalakkan para pelanggan untuk membuat keputusan peminjaman yang wajar dengan bertemu dan berinteraksi dengan institusi kewangan lantas membantu mereka untuk mempertimbangkan dengan teliti keupayaan membayar balik semua tanggungan hutang tanpa perlu menanggung beban atau masalah hutang yang besar.

"Pada masa yang sama, institusi kewangan juga dikehendaki untuk memastikan pelanggan mereka diberi layanan yang sama rata dalam penjualan, pemasaran dan pengurusan kemudahan pembiayaan," katanya.

Di bawah garis panduan baharu itu, institusi kewangan juga dikehendaki untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka maklumat khusus mengenai jumlah bayaran balik dan kos faedah serta kesan kenaikan kadar pembiayaan bagi memastikan pelanggan memahami sepenuhnya implikasi daripada keputusan untuk meminjam.

BNM berkata, ia akan meneruskan langkah pemantauan dan penyeliaan bagi memastikan keperluan-keperluan yang ditetapkan ini dilaksanakan dengan sewajarnya.

Selain institusi kewangan di bawah bidang kuasa BNM, Suruhanjaya Koperasi akan turut melaksanakan langkah-langkah berkaitan dengan amalan pembiayaan yang bertanggung jawab ke atas koperasi pinjaman.

"Ini akan memastikan penyedia-penyedia utama pembiayaan kepada sektor isi rumah turut sama melaksanakan amalan pembiayaan yang bertanggung jawab," kata BNM. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan