65 Peratus Kemalangan Maut Di P.Pinang Babitkan Penunggang Motosikal

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebanyak 65 peratus daripada 6,872 kes kemalangan maut yang dicatatkan di Pulau Pinang sepanjang tahun lepas adalah membabitkan penunggang motosikal.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri Roziah Aziz berkata antara punca kemalangan maut itu adalah disebabkan sikap penunggang motosikal tidak memakai topi keledar dengan betul.

Katanya, sebagai usaha memberi kesedaran keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal, JKJR menjalankan pelbagai kempen keselamatan jalan raya dengan kerjasama syarikat swasta, sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Selain itu JKJR turut mengedarkan risalah mengenai pemakaian topi keledar dengan cara yang betul kepada orang ramai, katanya selepas mengagihkan 55 buah topi keledar kepada penunggang motosikal sempena kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan dengan kerjasama Allianz General Insurance Company di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Allianz General Insurance Cawangan Pulau Pinang, Collin Peter Pereira berkata syarikat itu telah menyumbang sebanyak 450 topi keledar, jaket keselamatan dan pelekat pemantul cahaya kepada penunggang motosikal di Kuala Lumpur, Alor Setar, Ipoh dan negeri ini.

Katanya, sebanyak 100 topi keledar akan diagihkan di Kuching dan Kota Kinabalu pada kempen minggu depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan