SPB Yang di-Pertuan Agong Ke Antartika Ahad Ini

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melakukan lawatan kerja ke benua Antartika selama lima hari mulai Ahad ini.

Lawatan itu adalah bersempena penyertaan Malaysia dalam Triti Antartik 1959 pada 31 Oktober lepas, demikian menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Khamis.

Turut dijadual menyertai lawatan tersebut ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM) Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dan Felo ASM Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah.

Minat Malaysia dalam eksplorasi sains di benua Antartika bermula apabila Malaysia dan Antigua & Barbuda mengutarakan isu Antartika pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1983.

Penglibatan saintis dan penyelidik Malaysia di benua Antartika pula bermula pada 19 November 1997 apabila Jemaah Menteri meluluskan penyertaan Malaysia untuk menjalankan penyelidikan saintifik di Antartika.

Satu badan petugas di bawah Program Penyelidikan Antartika Kebangsaan (MARP) kemudiannya ditubuhkan di Akademi Sains Malaysia untuk menggalakkan perkembangan penyelidikan di Antartika di kalangan saintis Malaysia.

Berikutan itu, para saintis dan penyelidik negara telah memulakan penyelidikan di benua Antartika pada tahun 1999.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 62 ekspedisi dijalankan sehingga tahun lepas melibatkan kira-kira 60 penyelidik dari tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Sebanyak 24 projek penyelidikan dalam bidang sains dan biologi dan sains fizikal pula sedang dijalankan oleh saintis Malaysia di bawah selian MARP, menurut kenyataan itu.

Lawatan Seri Paduka Baginda ke Pangkalan Scott itu dilihat dapat memperkukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik Antartika di antara Malaysia dan New Zealand di samping mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

Pangkalan Scott ialah sebuah fasiliti penyelidikan kendalian New Zeland di Antartika.

Kenyataan itu juga menyebut satu proses selari sedang dibuat bagi menggubal satu akta baru bagi memenuhi obligasi di bawah Triti Antartik ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara Pihak Perunding Triti Antartik.

Penggubalan akta tersebut dibuat oleh satu kumpulan kerja yang diketuai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Deraf Akta Antartika itu dijangka dimuktamadkan untuk dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, menurut kenyataan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan