Polis Ambil Keterangan Anwar Palsukan Maklumat Kes Video Seks

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan atas dakwaan memberi maklumat palsu dalam laporan polis berhubung kes rakaman video seks yang didakwa membabitkan beliau Mac lepas.

Anwar tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang Rabu dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.

Pemimpin parti pembangkang itu berkata beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

"Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadap saya berhubung laporan (penafian terlibat dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita.

Mac lepas, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dan dalam laporan itu, Anwar menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan