Perlu Ada Satu Pendekatan Baru Untuk Tangani Penagih Dadah - Zaman Khan

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Aids Malaysia (MAM) menggesa semua pihak di negara ini untuk membuang persepsi negatif mereka terhadap imej penagih dadah seolah-olah mereka ini merupakan penjenayah yang tidak boleh diselamatkan lagi dan menjadi ancaman kepada masyarakat.

Sebaliknya menurut Presiden MAM, Tan Sri Mohd Zaman Khan, golongan berkenaan perlu dipandang sebagai golongan pesakit yang memerlukan rawatan serta perikemanusiaan.

Kata beliau, golongan tersebut perlu dibantu agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti insan biasa yang lain.

"Jangan jadikan hidup mereka lebih malang dengan pendekatan yang bersifat menghukum dan prejudis. Kita perlu ada langkah-langkah pencegahan efektif untuk membantu pengguna-pengguna dadah ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zaman turut melahirkan harapan agar satu undang-undang dapat diwujudkan suatu hari nanti yang membolehkan pengguna-pengguna dadah berkenaan menggunakan dadah bagi kegunaan sehariannya.

Tegas Presiden MAM itu, pendekatan sedemikian pernah digunakan di Portugal yang mana pengguna-pengguna dadah dibenarkan untuk menggunakan dadah heroin, morfin dan kokain untuk tujuan pemulihan mereka.

Dalam konteks ini, disebabkan mereka merupakan kumpulan pesakit yang memerlukan rawatan, ia tidak menjadi satu kesalahan dan tidak akan ditangkap oleh pihak polis.

"Namun demikian, jika mereka ini ditangkap dan dipenjarakan semata-mata kerana menggunakan dadah, maka segala usaha murni MAM untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah akan gagal.

"Saranan MAM ini tidak bermakna kami mengalakkan penggunaan dadah sebaliknya ia bertujuan untuk membolehkan pengguna-pengguna dadah mendapatkan rawatan secara pemulihan selain menyekat jangkitan virus HIV yang makin menjadi-jadi di dalam negara," ujarnya lagi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan