Perlis Tidak Segan Letak Calon Kitar Semula Jika Berpotensi Menang

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Barisan Nasional (BN) Negeri Perlis tidak ada masalah untuk meletakkan calon "kitar semula" pada pilihan raya umum ke-13 nanti jika calon berkenaan boleh membawa kemenangan, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, pada Khamis. Menurutnya, apa yang lebih penting ialah setiap calon BN perlu diterima rakyat dan para pengundi serta calon itu berupaya membantu kemenangan BN walaupun ada yang melihat faktor umur sebagai penghalang.

"Mungkin akan berlaku "re-cycle" atau kitaran semula calon yang bermakna bekas wakil rakyat juga boleh dicalonkan semula jika berpotensi membawa kemenangan," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kriteria calon BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau yang juga Menteri Besar Perlis mengambil contoh dirinya yang dicalonkan semula pada pilihan raya umum lalu setelah berehat selama satu penggal apabila tidak lagi menjadi wakil rakyat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan