Perhilitan Rampas Lebih 900 Ekor Haiwan Liar

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas lebih 900 ekor pelbagai jenis haiwan liar yang dilindungi bernilai kira-kira RM35,000 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Jalan Lama Riverside, Bedong, dekat sini, semalam.

Antara haiwwan yang ditemui ialah 287 ekor biawak air, 189 ekor ular senduk 30 ekor baning (kura-kura), 272 ekor kura-kura katup dan 124 ekor kura-kura besar.

Pengarah Perhilitan Kedah, Rahim Ahmad berkata, tiada tangkapan dibuat semasa serbuan itu dilakukan dan pihaknya sedang mengesan suspek dan pemilik kandang lembu itu.

Biawak air dan ular senduk ditemui dalam kurungan khas dan disorok dalam sebuah kontena sementara kura-kura ditemui dalam raga plastik berdekatan kandang lembu, katanya kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, semua haiwan tersebut dilindungi di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 manakala baning dilindungi sepenuhnya mengikut Seksyen 68(1)(a) akta sama.

Rahim berkata, serbuan itu hasil maklumat orang ramai dan anggota-anggotanya membuat intipan beberapa hari sebelum menyerbu tempat haiwan itu disimpan pada pukul 2 petang semalam.

Katanya kawasan kandang itu, yang dipagari dengan kepingan zink dan tidak dapat dilihat dari luar, dipercayai dijadikan sebagai depot penyimpanan sementara haiwan liar untuk dieksport ke negara jiran.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan hidupan liar di tempat itu supaya menghubungi Perhilitan Kedah di talian 04-7312200 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan