Pembangkang Gesa SPRM Siasat Giat Mara Pula

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pada Khamis menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan salah laku dalam urusan pembelian beberapa peralatan oleh Pusat Giat Mara di seluruh negara.

Menurut beliau, laporan Ketua Audit Negara dengan jelas menyatakan berlakunya urusan pembelian yang tidak mengikut prosedur serta menyalahi undang-undang.

"Pegawai daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi maklum balas terhadap isu ini tidak menafikannya. Bagaimanapun bagi saya langkah yang dinyatakannya tidak boleh diterima.

"Malah tindakan pihak Giat Mara selepas ditegur oleh Ketua Audit Negara iaitu dengan menghantar surat kepada pembekal peralatan meminta syarikat-syarikat berkenaan membayar balik lebihan bayaran terdahulu nyata sekali salah," katanya di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Menurut beliau, antara peralatan yang dilaporkan dibeli dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran ialah ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419 dan katil boleh lipat pula dibeli dengan harga RM500 berbanding harga pasaran RM100.

Selain itu, dua dapur gas pembakar dibeli dengan harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90, mesin gunting rambut yang dibekalkan dengan harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79 dan pengisar dibeli dengan harga RM140 berbanding harga pasaran RM60.

Selain itu, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, mengikut prosedur biasa, sesebuah jabatan atau agensi perlu mendapatkan sebut harga daripada pelbagai syarikat pembekal sebelum membuat sebarang pembelian.

"Bagaimana jika kita rujuk Laporan Ketua Audit Negara, jelas menunjukkan bahawa semua pembelian yang dibuat oleh Giat Mara tidak disertakan dengan sebut harga.

"Tapi selepas ditegur, baru mereka mendapatkan sebut harga daripada pembekal," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan