Mubarak Ikrar Akan Bantu BN Pada P/Raya Akan Datang

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Bebas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU-13) nanti dengan memainkan peranan mendekati rakyat akar umbi khususnya dalam memberi tumpuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Timbalan Presiden Mubarak, Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin berkata, mereka akan cuba mengelak daripada berlakunya pertindihan tugas antara jentera BN semasa pilihan raya nanti.

"Jentera BN ada agihan tugas mereka masing-masing. Mubarak akan tumpu kepada kerja-kerja tambahan bagi menguatkan proses kempen untuk memenangkan BN.

"Kita akan memberi tumpuan khusus kepada NGO seperti Persatuan Bekas Tentera, pesara polis, pesara guru dan beberapa NGO lain yang berkaitan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan lebih sejam dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seramai 30 ahli Mubarak hadir dalam pertemuan itu. Minggu lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut mengadakan pertemuan yang sama dengan Mubarak di Putrajaya.

Selain itu, Ahmad Nordin berkata menerusi pertemuan tersebut, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno memberikan garis panduan kepada Mubarak mengenai peranan yang boleh mereka mainkan.

"Bukan sahaja kita nyatakan apa yang kita akan buat, tapi Tan Sri Muhyiddin juga beri kita garis panduan mengenai bagaimana boleh kita tolong kerajaan apabila tibanya pilihan raya," katanya.

Dalam pada itu Ahmad Nordin menyatakan bahawa Mubarak sudah bersedia untuk menggerakkan jenteranya pada bila-bila masa sekiranya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

"Kita memang sudah lama bersedia selaras dengan moto iaitu 'terus berkhidmat'. Sama ada dekat dengan pilihan raya ataupun selepas pilihan raya, kita memang sentiasa mendekati rakyat.

"Kita memainkan peranan sebagai jambatan antara kerajaan dengan orang kampung," katanya.

Sehingga kini Mubarak mempunyai 720 anggota di seluruh negara.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan