Maxis Jalin Kerjasama Dengan BU One Management Untuk Memasang Sambungan Gentian Hujung-ke-Hujung

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, terus mengukuhkan penawaran perkhidmatannya untuk kawasan kediaman berikutan perjanjian perikatan strategik yang ditandatangani di antara Maxis Broadband Sdn Bhd dengan BU One Management Co. Sdn Bhd (BU One).

Di bawah terma perjanjian tersebut, Maxis akan menyediakan penyelesaian Fiber-to-the-Home (FTTH) atau sambungan gentian hujung-ke-hujung untuk penduduk Kondominium 9 Bukit Utama di Bandar Utama, di sini sebuah hartanah mewah yang diuruskan oleh BU One.

Perikatan ini merupakan satu lagi langkah Maxis untuk memperluaskan penembusan gentiannya di Bandar Utama.

Melalui perkongsian ini, Maxis dapat menyediakan sambungan gentian hujung-ke-hujung yang penuh untuk setiap unit dalam ketiga-tiga blok kondominium tersebut.

Para penduduk yang mendaftar untuk mana-mana pakej internet gentian Maxis akan dapat menikmati pengalaman yang lancar dengan perkhidmatan “future proof” ini, yang bersedia untuk membekalkan kandungan yang diperkaya melalui perkhidmatan seperti televisyen protokol internet (IPTV), tanpa apa-apa batasan keupayaan rangkaian.

Mengulas mengenai penandatanganan perjanjian ini, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Maxis Home, Harold Quek berkata; “Maxis sangat teruja untuk menjadi pembekal pilihan BU One untuk menyediakan perkhidmatan gentian internet untuk Kodominium 9 Bukit Utama mereka.

"Dengan menyediakan gentian internet Maxis Home kepada penduduk hartanah premium ini, mereka akan dapat menikmati pengalaman komunikasi yang dipertingkatkan yang merangkumi perkhidmatan penuh Maxis yang menarik, termasuk suara, internet berkelajuan tinggi, perkhidmatan tambah nilai dan kandungan, dimana semuanya boleh dialami melalui pelbagai skrin.”

Perjanjian ini katanya mengambil tempat sejurus selepas pelancaran kempen Maxis Home baru-baru ini yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran awam bahawa perkhidmatan Maxis Home boleh didapati untuk kediaman mereka dan membolehkan gaya hidup digital yang diperkayakan.

Sebagai peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu yang mempunyai jejak rangkaian tetap dan tanpa wayar yang terbesar di negara ini, para pelanggan Maxis boleh memilih jenis perkhidmatan Home yang ditawarkan iaitu Home Internet Gentian, Home Internet Wayarles atau Home Internet Berwayar.

"Maxis menawarkan pakej serendah RM59 sebulan untuk Home Internet Wayarles kami. Untuk Home Internet Gentian pula, Maxis mempunyai pakej 4Mbps, 6Mbps dan 10Mbps yang masing-masing berharga RM128, RM158 dan RM218 sebulan. Selain itu, kami menawarkan pakej premium untuk para pelanggan yang mempunyai penggunaan yang tinggi, iaitu pakej internet gentian 30Mbps yang dimuatkan dengan kuota sebanyak 300GB, untuk hanya RM398 sebulan,” tambah Harold.

Sementara itu, Pengarah Bandar Utama Development Datuk Teo Chiang Hong berkata kerjasama ini adalah untuk memberikan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang boleh dipercayai dan unggul kepada Kodominium 9 Bukit Utama dan projek-projek akan datang.

Perkongsian ini katanya akan memastikan bahawa hartanah di bawah Bandar Utama Development dilengkapi dengan perkhidmatan gentian internet Home, yang membolehkan akses kepada kandungan yang menarik dan perkhidmatan tambah nilai untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden hari ini, dan memberikan hartanah kami ciri-ciri kelebihan kepada bakal pembeli.

Tambah beliau, dengan perkhidmatan Maxis Home yang kini sudah sedia ada di Kondominium 9 Bukit Utama, penduduk sekitar hanya perlu mendaftar untuk perkhidmatan ini apabila mereka berpindah ke sini.

Perkhidmatan Maxis Home telah dilancarkan pada awal tahun ini, menjadikannya pembekal perkhidmatan yang pertama menawarkan pelbagai kandungan melalui pelbagai skrin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan