KPT Perlu Pantau Kolej Tawar Kursus Kejururawatan

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TENOM: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu terus memantau serta mengkaji pengambilan pelatih yang mengikuti program Diploma Kejururawatan yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi mengimbangi longgokan pelatih yang gagal mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan pengajian.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata dalam masa yang sama Kementerian Kesihatan pula wajar memberikan maklumat kepada KPT mengenai tawaran kerja yang terbuka untuk profesion kejururawatan. Beliau berkata ini kerana terdapat kolej swasta menawarkan pengambilan pelajar baru sehingga 'lima kali setahun' seolah-olah beroperasi sebagai 'Ah Long berlesen' yang menggunakan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dinikmati pelajar untuk memajukan perniagaan mereka.

"Kita faham sebahagian daripada pelajar ini adalah peminjam PTPTN yang terpaksa membayar pinjaman di kolej, namun bagaimana mereka hendak membayar balik pinjaman mereka sekiranya gagal mendapat pekerjaan.

"Adalah lebih baik pengambilan ini diberhentikan dahulu agar lambakan jururawat tidak berlaku," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sk Ladang Sapong, dekat sini, Rabu.

Jamawi, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, bilangan jururawat terlatih yang menamatkan pengajian pada tahun 2009 ialah 8,279 orang termasuk 2,402 jururawat dari kolej kementerian, 528 dari IPTA dan 5,349 dari IPTS.

"Pasaran kerja jururawat di hospital kerajaan pula cuma lapan peratus sahaja kerana 92 peratus jawatan telah diisi, manakala dalam masa yang sama, kerajaan melahirkan 2,400 jururawat melalui kolej kejururawatan Kementerian Kesihatan untuk mengisi jawatan kekosongan tersebut.

"Persoalannya ialah baki 6,000 orang lagi jururawat yang dilahirkan dari IPTS dan IPTA itu hendak diletakkan di mana? Justeru itu, kita perlu kaji dan lakukan sesuatu bagi membetulkan keadaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan