KPN: Ada Usaha Hidupkan Kembali Gerakan Militan Di Sabah - Berita Semasa | mStar

KPN: Ada Usaha Hidupkan Kembali Gerakan Militan Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan wujudnya usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dengan penahanan 13 anggota kumpulan itu sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.

"Berdasarkan kepada risikan dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, didapati ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

"Hasil daripada siasatan dan pemantauan rapi itu, pada 14 hingga 16 November lepas, polis telah melancarkan operasi dan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Ismail berkata, kesemua mereka kini ditahan di Sabah di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti dan nama kumpulan militan itu.

Hari ini, media massa melaporkan polis telah menahan 13 anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Menurut akhbar, kumpulan militan berkenaan menggunakan Tawau sebagai lokasi transit untuk pengumpulan senjata yang diperoleh dari selatan Filipina.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan