Duit Bantuan RM100 Sah: Wee

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontroversi pemberian wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar seperti yang diumumkan pada perbentangan Bajet 2012 terjawab apabila pembayaran serta-merta itu dibuat secara sah menggunakan peruntukan sedia ada dalam kumpulan wang Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan 2011.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, proses pemberian wang berjumlah RM530 juta itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan ataupun membelakangi Parlimen walaupun Bajet 2012 masih belum diluluskan Dewan Rakyat.

"Memang betul sekiranya kita mengeluarkan wang untuk (bajet) tahun depan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Tapi apa yang berlaku ialah kita gunakan kaedah menggunakan duit sedia ada dengan kelulusan daripada Jabatan Akauntan Negara dan Kementerian Kewangan. Maka persetujuan dan kelulusan telah diberi dengan mewujudkan akauan amanah.

"Ia menggunakan wang semasa dan bukannya wang daripada peruntukan tahun depan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Rabu.

Kontroversi pemberian wang bantuan persekolah ini ditimbulkan pembangkang apabila menyifatkan ia salah dan tidak mengikut peraturan kerana Bajet 2012 masih belum diluluskan.

Mengulas mengenai isu berkenaan, Wee berkata tindakan kerajaan menggunakan Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan bagi tujuan pembayaran wang itu bagi memastikan bantuan tersebut dapat disalurkan kepada ibu bapa dan pelajar sebelum sesi persekolah 2012 bermula tanpa menyalahi undang-undang.

"Tujuan kita nak ringankan beban dan persoalan timbul mengenai kaedah bagaimana kita mahu beri bantuan sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula pada 2 Januari 2012. Kalau ikut proses sehingga dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, mungkin awal tahun depan baru lulus.

"Jadi kita sebagai manusia perlu berfikir bagaimana kita nak bantu selesaikan masalah ini. Maka dengan adanya persetujuan Perbendaharaan, pihak Kementerian Pelajaran telah diberi kelulusan untuk menggunakan wang semasa," katanya.

Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan RM100 kepada pelajar akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.

Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Sementara bagi pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi pesekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibuat pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing untuk memudahkan pembayaran.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan