367 Kes Demam Denggi Dilaporkan Sehingga 12 Nov Dengan Satu Kematian Terbaru

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman berkata, sebanyak 367 kes demam denggi telah dilaporkan sehingga 12 November lepas dengan kematian terbaru melibatkan seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam di Selangor.

Katanya, tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes iaitu Kelantan yang meningkat 11 kes, Perak dan Selangor masing-masing lima kes, Sarawak (empat), Pulau Pinang (tiga) manakala Sabah, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing dua kes.

Dr Hassan turut menasihatkan orang ramai agar mendapatkan rawatan segera jika mengalami demam panas yang berpanjangan kerana demam denggi boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

"Semasa musim hujan yang kini melanda kebanyakan negeri, semua tempat air bertakung yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes perlu dihapuskan segera untuk mengelakkan jangkitan demam denggi," katanya.

Sementara itu, pelajar IPTA di Selangor yang meninggal dunia minggu lepas sebelum ini telah menerima rawatan selama tiga hari di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu.

Dr Hassan berkata, mangsa telah dua kali mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan IPTA di Selangor itu, namun tidak didiagnos sebagai denggi.

"Kemudian pesakit telah pulang ke kampungnya di Segamat, Johor dan mendapatkan rawatan di klinik kerajaan sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Segamat.

"Pesakit kemudiannya dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut dan meninggal dunia setelah tiga hari dirawat di hospital itu," katanya.

Sehubungan itu, Dr Hassan berkata aktiviti kawalan iaitu semburan kabus dijalankan secara menyeluruh di sekitar kawasan tempat mangsa belajar serta di kampungnya bagi memastikan tidak ada lagi jangkitan demam denggi berlaku.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan