Salleh Mahu Radio Sabah FM Kaji Kesesuaian Programnya Untuk Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan agar RTM khususnya Sabah FM melakukan satu kajian mengenai bilangan pendengarnya dan kesesuaian program yang disajikan.

Beliau berkata sebagai media rasmi kerajaan, RTM wajar menampilkan program yang boleh mendekati rakyat dengan sebaik mungkin meskipun sudah wujud beberapa media alternatif termasuk radio internet.

"Hakikatnya ialah populariti siaran radio Sabah FM boleh dijadikan landasan untuk membantu memahamkan rakyat tentang program yang dilaksanakan kerajaan untuk kemudahan rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penutupan program Kenduri Kampung bersama Petani, Penternak dan Masyarakat Kampung anjuran RTM Sabah di Kampung Pirasan, dekat sini semalam.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata usaha Sabah FM mengadakan program itu wajar dan tepat pada masanya kerana ia memberi perkhidmatan secara terus kepada masyarakat menerusi penglibatan yang berkaitan serta menyatu padu dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Katanya program itu juga merupakan langkah terbaik mendekati rakyat, sekali gus menyebar maklumat dan pelbagai dasar kerajaan kepada rakyat secara berkesan. Pelbagai aktiviti termasuk pameran, sukaneka, kenduri sekampung dan persembahan Pentarama diadakan sepanjang dua hari program berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan