Penggunaan Dakwat Kekal Tak Perlu Pinda Perlembagaan - Peguam Negara

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggunaan dakwat kekal semasa proses pilihan raya tidak perlu membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal, peraturan berhubung perkara berkenaan perlu ditambah dalam Perkara 19 Akta Pilihan Raya 1981.

Penjelasan itu dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya pada Rabu.

Pengerusi JPK, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, Peguam Negara akan menyerahkan kenyataan hitam putih berhubung perkara berkenaan selewat-lewatnya Isnin depan.

"Peguam Negara akan menyerahkan kenyataan bertulis mengenai isu ini kepada jawatankuasa pada Isnin ini. Jika SPR nak laksanakan penggunaan dakwat kekal pada bila-bila masa, ia tak perlu pindaan Parlembagaan," katanya di bangunan Parlimen di sini.

Bagaimanapun Maximus berkata, tambahan kepada Perkara 19 Akta Pilihan Raya perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya dibentangkan di Parlimen.

Ditanya berhubung kenyataan bercanggah Peguam Negara sebelum ini ketika dakwat kekal diputuskan untuk digunakan buat kali pertama pada pilihan raya umum 2008, Maximus berkata isu tersebut tidak benar.

"Peguam Negara konsisten dalam kenyataannya sebelum ini. Memang Perlembagaan tak perlu dipinda, tapi ia membabitkan tambahan kepada peraturan pilihan raya...ia tetap berkaitan isu perundangan," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, SPR meluluskan penggunaan dakwat kekal buat pertama kalinya bagi meyakinkan rakyat terhadap ketelusan suruhanjaya itu dalam memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

Bagaimanapun penggunaannya dibatalkan beberapa hari sebelum proses pengundian dijalankan atas faktor keselamatan selepas mendapat nasihat perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.

Dalam pada itu, Maximus berkata, berhubung cadangan mendaftarkan pengundi yang secara automatik selepas berumur 21 tahun, Peguam Negara memaklumkan bahawa perkara itu perlu melibatkan pindaan Perlembagaan.

Menurutnya pindaan itu membabitkan Perkara 119(4)(b) yang menyatakan tarikh kelayakan seseorang yang memohon sebagai pengundi.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan