Najib Sampai Amanat Khas Kepada Sayap Muda Umno

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan menyampaikan Amanat Presiden kepada Pergerakan Pemuda dan Puteri khusus bagi menyuntik semangat kedua-dua sayap parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, majlis yang pertama kali diadakan itu bertujuan memberi ruang kepada kepimpinan Pemuda dan Puteri peringkat bahagian mendengar aspirasi serta harapan Presiden Umno sebelum menghadapi pilihan raya.

"Kami merasakan amanat ini amat penting sebagai satu persediaan kepada sayap-sayap Pemuda dan Puteri yang mewakili generasi muda selain sebagai persediaan menghadapi persidangan agung pada 29 November ini.

"Amanat ini amat bertepatan pada waktunya memandangkan persidangan kali ini mungkin merupakan perhimpunan terakhir sebelum PRU-13," katanya di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka turut menghadiri Majlis Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri Umno yang akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selain itu Rosnah berkata, suntikan semangat daripada Najib yang juga Perdana Menteri mampu memberi semangat kepada Pemuda dan Puteri dalam memenuhi tanggungjawab membela nasib rakyat.

"Ini sekali gus mengiktiraf Pemuda dan Puteri sebagai pemangkin transformasi kerajaan Barisan Nasional (BN) selain penterjemah suara orang muda di dalam Umno," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan