Najib Akan Sampai Amanat Kepada Pemuda Dan Puteri Umno 20 November

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak buat julung kalinya akan menyampaikan amanat penting kepada anggota Pemuda dan Puteri pada 20 November ini, sebelum Perhimpunan Agung Umno 2011 berlangsung.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata amanat itu yang akan disampaikan Najib di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 1 tengah hari, antara lain sebagai persediaan kepada sayap-sayap Pemuda dan Puteri Umno yang mewakili generasi muda menghadapi persidangan Umno pada 29 Nov hingga 3 Dis ini.

"Amanat ini adalah bertepatan pada waktunya memandangkan persidangan kali ini mungkin merupakan Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya pada sidang akhbar di ruang legar Parlimen di sini hari ini.

"Seluruh peringkat kepimpinan jawatankuasa tertinggi Pemuda dan Puteri Umno bahagian-bahagian seluruh negara akan menghadiri program ini untuk mendengar amanat Presiden yang juga Perdana Menteri," katanya.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata Pemuda dan Puteri, selaku sayap muda Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menjalankan usaha meyakinkan generasi muda terhadap jasa dan perjuangan parti.

"Ini sekali gus mengiktiraf Pemuda dan Puteri sebagai pemangkin transformasi kerajaan BN selain penterjemah suara orang muda di dalam keluarga Umno," katanya. Beliau berkata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turut hadir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan