Malay Mail Dihenti Sementara, Terbit Semula Januari

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malay Mail mengumumkan pada Selasa ia akan menghentikan sementara penerbitan akhbar itu dan akan diterbitkan semula pada Januari tahun depan.

Edisi hari ini adalah yang terakhir sebagai akhbar tengah hari percuma dan pembaca perlu membayar RM1 untuk akhbar baru Malay Mail pada tahun depan.

"Kami berpendapat ia adalah sumbangan kecil dan pembaca kami tidak keberatan untuk menyumbang kerana ia akan membantu akhbar ini untuk menyalurkan berita kepada pembaca yang lebih luas," kata pengarang beritanya, Terence Fernandez dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu berkata laman web baru akan dilancarkan serentak dengan akhbar berbayar baru itu pada Januari.

Untuk sementara waktu, pembaca boleh terus mendapatkan berita dari laman web Malay Mail di www.mmail.com.my. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan