Kerajaan Lulus RM10 Juta Untuk Tebatan Banjir Di Dungun

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Kerajaan Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk kerja-kerja tebatan banjir melibatkan tiga buah kampung yang sering dilanda banjir di daerah Dungun tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Zaaba Mohd Adib berkata tiga kampung yang sering ditenggelami air adalah Kampung Paya, Taman Rakyat dan Kampung Gong Pasir melibatkan kira-kira 1,500 buah rumah.

"Kawasan perumahan di kampung berkenaan terletak di atas permukaan tanah yang rendah dari paras laut. Sebab itu kalau hujan terutama di musim tengkujuh sekarang ia cepat banjir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Rabu.

Zaaba berkata, projek tebatan banjir untuk kampung berkenaan telah diluluskan dan akan dimulakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Beliau berkata selain dari tiga kampung berkenaan terdapat kawasan-kawasan lain yang rendah yang sering ditenggelami air ketika musim tengkujuh.

Katanya bagi menghadapi kemungkinan banjir di daerah itu tahun ini, mesyuarat di peringkat daerah telah diadakan untuk membuat persediaan yang lebih rapi.

Beliau berkata, dengan bantuan jabatan-jabatan terlibat dan pengalaman banjir yang dilalui setiap tahun, bencana alam ini akan dapat diuruskan dengan baik.

"Kita bukan sahaja menyediakan bekalan makanan tetapi kemudahan pengangkutan seperti bot atau kenderaan darat untuk memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat.

"Tetapi jika keadaan terdesak, kita juga akan menggunakan helikopter dan sebagainya bagi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan