Kegagalan Kerajaan Kedah Guna Peruntukan Selenggara Jalan Dipersoal

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah pimpinan Pas diminta menjelaskan kenapa ia tidak menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat tahun ini untuk penyelenggaraan jalan negeri.

"Kerajaan negeri sepatutnya mengeluarkan tender penyelenggaran supaya projek dapat dilaksanakan agar rakyat dan kontraktor menikmati faedah daripada peruntukan itu.

"Duit dah dapat tapi sehingga hari ini tender tidak dikeluarkan," kata Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang merasmikan persidangan itu Selasa.

Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri membelanjakan peruntukan itu bertentangan dengan slogan 'Kedah Sejahtera' yang dilaungkannya.

Mahdzir berkata bahawa untuk tahun lepas, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM53 juta daripada peruntukan sebanyak RM146 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat.

Bercakap kepada pemberita di luar Dewan kemudian, beliau berkata sehingga hari ini kerajaan negeri belum melantik kontraktor, yang bererti bahawa penyelenggaraan untuk tahun ini tidak akan dilaksanakan.

"Salah satu komponen Kedah Sejahtera ialah jalan raya. Rakyat hendak juga selesa dengan infrastruktur asas.

"Malangnya projek tergantung kerana hendak tunggu diberi kepada syarikat milik kerajaan negeri yang tidak memenuhi prosedur. Ini menunjukkan terdapat kelemahan daripada segi pengurusan kewangan," kata Mahdzir.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang membentangkan belanjawan 2012 semalam mengumumkan peruntukan sebanyak RM78.5 juta untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri tahun depan.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan