Jualan Kenderaan Oktober Naik 2.59 Peratus Kepada 53,654 Unit

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah jualan kenderaan meningkat sebanyak 2.59 peratus kepada 53,654 unit pada Oktober, daripada 52,297 unit yang dijual pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Kuantiti jualan Oktober naik 21 peratus atau 9,247 unit lebih tinggi berbanding September, disokong oleh minat belian pengguna yang kembali semula dan bulan bekerja yang lebih panjang.

Bagaimanapun, MAA berkata kuantiti jualan bagi tempoh sepuluh bulan susut kepada 503,898 unit, daripada 505,546 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Jualan kenderaan penumpang pada Oktober meningkat kepada 47,493 unit daripada 46,439 unit yang dicatatkan sebelumnya, manakala jualan kenderaan perdagangan naik kepada 6,161 unit, daripada 5,858 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Semasa tempoh Januari-Oktober, jualan kenderaan penumpang merosot kepada 450,169 unit daripada 454,889 unit pada tempoh yang sama tahun lepas, manakala jualan unit perdagangan mencatatkan 53,729 unit, daripada 50,657 unit yang didaftar.

Jumlah pengeluaran kenderaan pada Oktober adalah sebanyak 49,984 unit berbanding 52,698 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas.

Pengeluaran kenderaan penumpang semasa bulan tersebut berkurangan kepada 45,549 unit daripada 48,592 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala pengeluaran kenderaan perdagangan meningkat kepada 4,435 unit daripada 4,106 unit.

Bagi tempoh sepuluh bulan, pengeluaran kenderaan penumpang turun kepada 428,550 unit daripada 451,100 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas, manakala pengeluaran bagi kenderaan perdagangan susut sedikit kepada 37,850 unit daripada 38,829 unit.

Mengenai prospek masa depan, MAA berkata jualan November dijangka rendah kerana pasaran dipengaruhi oleh kesan banjir di Thailand yang akan mengganggu pengeluaran unit komponen terurai untuk dipasang (CKD) dan unit komponen dipasang sepenuhnya (CBU), serta bekalan komponen. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan