Gaji Naik Tetapi Bonus Kurang

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pekerja sektor swasta menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi tahun ini namun jumlah bonus untuk tahun hadapan dijangka menurun.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Azman Shah Haron berkata Kajian Gaji Eksekutif dan Bukan Eksekutif MEF 2011 mendapati data yang dikumpul daripada 214 syarikat responden menunjukkan purata kenaikan gaji untuk eksekutif iaitu sebanyak 6.45% adalah lebih banyak daripada 5.37% yang diberikan kepada bukan eksekutif.

"Bagaimanapun, anggaran kenaikan gaji untuk bukan eksekutif dijangka meningkat kepada 5.73% pada tahun depan manakala kenaikan untuk eksekutif sedikit menurun iaitu sebanyak 6.08%," katanya, Selasa.

Azman berkata jumlah bonus untuk eksekutif pada tahun depan adalah sebanyak 2.13 bulan, lebih rendah berbanding 2.48 bulan pada tahun ini, manakala untuk bukan eksekutif, bonus sebanyak 1.93 bulan berbanding 2.03 bulan pada tahun ini. Katanya, 82.4% syarikat memberi bonus samada kepada semua atau sesetengah eksekutif pada tahun ini berbanding 86.1% pada tahun lepas.

Sebanyak 81.9% pekerja bukan eksekutif diberi bonus pada tahun ini berbanding 83.7% pada tahun sebelumnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan