Enam KR1M Akan Dibuka Di Melaka Sebelum Akhir Tahun Ini - Berita Semasa | mStar

Enam KR1M Akan Dibuka Di Melaka Sebelum Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Enam Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijangka dibuka di negeri ini sebelum akhir tahun ini bagi memberi keselesaan kepada masyarakat di negeri ini membeli keperluan dengan harga yang jauh lebih murah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata langkah untuk menambah lagi KR1M di negeri ini adalah berikutan sambutan amat menggalakkan yang diterima dari penduduk sekitar sewaktu KR1M di Tengkera mula dibuka.

Beliau berkeyakinan pertambahan KR1M di negeri ini akan mampu membantu golongan kurang pendapatan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu merasa tertekan dengan harga yang ditetapkan oleh sesetengah peniaga.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang terletak bersebelahan premis Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.

Selain itu, katanya kerajaan Melaka bersetuju menyerahkan pengurusan premis SDSI yang terletak di Kota Fesyen di sini kepada Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) selepas melihat kegagalannya beroperasi dengan lancar.

Mohd Ali berkata penyerahan premis itu diharap mampu diuruskan dengan lebih profesional sekali gus mendatangkan keuntungan kepada peniaga atau pengusaha di premis tersebut.

Premis SDSI itu menempatkan pelbagai barangan buatan tempatan khususnya kraftangan yang dihasilkan oleh setiap negeri di negara ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan