Sultan Kedah Kecewa Hospital Pendang Dan Bandar Baharu Belum Dibina

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa kerana rancangan untuk membina hospital bagi daerah Pendang dan Bandar Baharu belum dilaksanakan.

"Rakyat beta di daerah tersebut menghadapi kesukaran kerana perlu banyak bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan di hospital di luar daerah tersebut," titah baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di sini hari ini.

Baginda berharap tindakan susulan hendaklah diambil bagi membina kedua-dua hospital itu memandangkan kesihatan merupakan elemen penting dalam meningkatkan taraf hidup.

Tuanku Abdul Halim juga menyeru anggota pentadbiran negeri supaya terus meningkatkan tahap kecekapan khususnya melalui inovasi yang diperkenalkan dari semasa ke semasa bagi memudah dan memendekkan masa berurusan dengan pelanggan.

Penubuhan jawatankuasa antara kerajaan dengan swasta yang lebih dikenali sebagai Pemudah adalah satu usaha yang terpuji bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, titah baginda.

Tuanku Abdul Halim turut menyeru semua Anggota Dewan Undangan Negeri supaya sentiasa menyumbang buah fikiran dan tenaga bagi menyedarkan rakyat tentang pentingnya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal di samping memiliki akhlak mulia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan