Rakyat Mesir Di Malaysia Boleh Mengundi Menerusi Laman Web

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Mesir di Malaysia boleh mengundi pada pilihan raya Parlimen negara itu akan datang, dengan mendaftar dalam pangkalan data ekspatriat menerusi laman web rasmi Jawatankuasa Kehakiman Agung Pilihan Raya Mesir.

Kedutaan Mesir di sini menyatakan bahawa pendaftaran boleh dibuat melalui www.elections2011.eg mulai 10 hingga 19 Nov.

Rakyat Mesir di Malaysia boleh juga mendaftar di kedutaan jika mereka tidak dapat berbuat demikian melalui laman web, menurut kenyataan kedutaan itu di sini.

Mereka dikehendaki membawa bersama pengenalan nasional asal Mesir yang dikeluarkan sebelum 27 Sept lepas atau jika mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka perlu mengemukakan pasport asal Mesir bersama dengan satu salinan pengenalan nasional Mesir.

Pilihan raya Parlimen Mesir akan diadakan pada 28 Nov secara berperingkat-peringkat.

Laporan menyatakan bahawa ini merupakan pilihan raya bebas Parlimen yang pertama kali diadakan dalam dekad ini selepas presiden Mesir Hosni Mubarak digulingkan berikutan dengan kebangkitan rakyat negara itu pada 11 Feb.

Bekas presiden itu berkuasa di Mesir selama 30 tahun sebelum beliau dipaksa meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada majlis tentera berikutan dengan kebangkitan rakyat negara itu selama 18 hari. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan