Perkasa Nafi Cadang Halang Guru Kristian Mengajar Sekolah Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Selasa menafikan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu pernah mengusulkan supaya guru-guru yang beragama Kristian agar tidak dibenarkan mengajar di sekolah kerajaan.

Sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai berniat jahat, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata bahawa pertubuhan berkenaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan perpecahan kaum dan agama di negara ini.

"Kalau kata Perkasa buat usul sedemikian, ingin saya jelaskan bahawa ia adalah satu kenyataan yang jahat dan tidak bertanggungjawab. Sebab seingat saya tidak ada kenyataan seperti itu dibuat," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan mengenai status sebenar kepada soalan asal yang dikemukakan Datuk Wilfred Mojilip (BN-Tuaran) yang mahu mengetahui pendirian Kementerian Pelajaran berhubung usul Perkasa seperti yang disiarkan menerusi media.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata, kemungkinan dakwaan usul tersebut dibuat oleh pihak atau individu yang tidak mewakili Perkasa.

"Mungkin ada mana-mana pihak membuat kenyataan yang tidak benar, atau mungkin individu yang tidak mewakili Perkasa sebagai sebuah pertubuhan yang sah.

"Kita tak pernah keluarkan kenyataan seumpama ini," katanya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ketika menjawab soalan itu dengan tegas menyatakan bahawa cadangan agar guru-guru beragama Kristian tidak dibenarkan mengajar di sekolah kerajaan jelas bercanggah dengan dasar penempatan guru sedia ada.

"Kementerian Pelajaran melaksanakan dasar penempatan guru di sekolah kerajaan mahupun sekolah bantuan kerajaan berlandaskan kepada keperluan opsyen dan kekosongan tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan ideologi politik mereka.

"Jadi usul yang dikemukakan oleh Perkasa adalah tidak bertepatan dengan dasar penempatan guru dan juga semangat kebebasan agama di negara ini.

"Semua guru terikat dengan undang-undang dan peraturan perkhidmatan awam dan mengawal aktiviti agar tidak bercanggah dengan garis panduan itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan