Najib Ajak Sektor Awam, Swasta Bersama Lakukan Transformasi Pemikiran

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak sektor awam dan swasta untuk bergerak ke hadapan bersama dan mentransformasi corak pemikiran era perang dingin kepada corak pemikiran yang sentiasa peka terhadap persekitaran global dan tempatan.

Perdana Menteri berkata tempoh era perang dingin telah banyak mempengaruhi kerajaan seluruh dunia untuk pendekatan yang lebih berhati-hati dan tegas daripada segi dasar serta pandangan mereka dan kini masanya sudah tiba untuk mengalihkan pandangan. "Seperti yang dapat kita lihat, masa telah banyak berubah dan akan terus berubah. "Demi masa hadapan kita, kita mesti menyesuaikan diri dengan perubahan ini dengan sewajarnya dan pada masa yang sama mengekalkan identiti dan integriti negara kita," katanya dalam entri terbaru di laman blognya www.1malaysia.com.my.

Najib berkata sebagai contoh, sistem penyampaian kerajaan dalam beberapa dasar, borang-borang merupakan sebahagian daripada undang-undang, dan jika tidak difailkan secara betul, rayuan dan permintaan orang ramai mungkin dilengahkan oleh kertas kerja pentadbiran semata-mata.

"Pada hakikatnya, dengan pendekatan yang betul, proses sebenar boleh mengambil beberapa jam atau beberapa hari sahaja untuk diselesaikan dan bukannya beberapa minggu atau bulan hanya kerana isu seperti borang yang telah tersalah fail. "Saya tertanya-tanya dan sebagai renungan, bukankah lebih mudah bagi orang awam dan lebih efektif bagi perkhidmatan awam untuk menjadikan borang-borang ini sebagai tambahan kepada undang-undang dan bukannya sebahagian daripada undang-undang," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata apa yang sedang dilaksanakan tidak bermakna kerajaan melupakan sama sekali asas-asas yang telah dibina oleh pemimpin yang terdahulu dalam membina negara sehingga menjadi Malaysia yang maju kini.

"Kalaulah tidak kerana wawasan dan pandangan jauh mereka, serta dasar-dasar yang telah terbentuk selepas itu bagi merealisasikan wawasan itu, kita tidak akan dapat menikmati tahap kemakmuran ekonomi atau keharmonian sosial yang sedang kita alami sekarang ini," kata Perdana Menteri.

Najib juga berharap agar tumpuan tidak hanya diberikan kepada proses yang efisien tetapi juga kepada usaha menjadikan proses-proses itu lebih efektif.

"Sementara kerajaan menjamin keseimbangan antara pentadbiran yang berhemah dan proses yang cepat, kita harus ingat akan unsur "perkhidmatan berasaskan permintaan" efektif yang perlu dipertimbangkan bagi memacu pentadbiran kita ke hadapan," katanya.

Secara amnya, menurut beliau, falsafah kontemporari khidmat pelanggan dibentuk melalui pandangan bahawa kepuasan pelanggan yang terjamin akan membawa pulangan besar kepada sesuatu perniagaan atau organisasi, dan jika pengguna inginkan kepelbagaian, maka adalah bijak bagi sesebuah organisasi untuk menyediakannya dan seterusnya menjamin kepuasan dan kesetiaan pelanggan.

"Falsafah yang sama boleh diaplikasikan pada perkhidmatan awam, untuk memupuk keyakinan rakyat, kerajaan mestilah mampu untuk memenuhi keperluan dan harapan mereka.

"Peraturan-peraturan dan dasar diwujudkan untuk memudahkan tugasan ini, dan bukannya menyekat perkhidmatan yang baik dan keyakinan orang ramai. Sekiranya sesuatu peraturan atau dasar itu menjejaskan kepentingan awam, maka ia harus dikaji semula atau dibaik pulih, ia tidak harus mendahului kepentingan awam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan