Ketua AirAsia Batalkan Sidang Akhbar Mengenai Cukai Lapangan Terbang

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes telah membatalkan satu sidang media mengenai cukai lapangan terbang yang dijadualkan lewat hari ini.

Bagaimana pun, beliau menggunakan media sosial, Facebook, untuk melahirkan kekecewaannya mengenai isu itu, sambil menyatakan cukai lapangan terbang perlu ditetapkan agar ia termampu kepada rakyat biasa.

"AirAsia telah memperjuangkan untuk menjadikannya lebih kurah kepada orang kebiasaan. Cukai lapangan terbang dibayar oleh rakyat Malaysia dan para penumpang.

"Wang itu tidak diterima oleh AirAsia tetapi diterima oleh Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), katanya di dalam Facebooknya hari ini.

Katanya Malaysia Airlines dan AirAsia telah menyumbang idea kepada MAHB bagi menaikkan pendapatan mereka dengan menarik kedatangan lebih banyak syarikat penerbangan.

"Kemudiannya, kurangkanlah caj itu," katanya.

Tony berkata MAHB telah membuat terlalu banyak janji kosong dan syarikat penerbangan itu dipersalahkan terhadap prestasi buruk mereka.

"AirAsia mahukan MAHB bersikap bersih. Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (KLIA2) yang baharu sepatutnya beroperasi pada Jun 2012 pada kos RM2 bilion," katanya.

Adalah dilaporkan bahawa kos KLIA2, yang berkeupayaan mengendalikan 30 juta penumpang akan berharga lebih daripada kos awal RM2 bilion.

Tony turut mempersoalkan keperluan membina landasan ketiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kenapa KLIA membina landasan ketiga apabila mereka tidak menggunakan mod dua landasan? Heathrow mempunyai 60 juta penumpang dengan menggunakan dua landasan.

"Membetulkan sistem trafik udara adalah lebih murah daripada membina satu lagi sistem landasan," katanya.

Mengenai kritikan dari empat orang anggota Parlimen, Tony berkata mereka telah bersikap peribadi.

"Orang kampung tidak pernah menggunakan pengangkutan udara sebelum ini. Kami telah bekerja keras untuk menjadikan penerbangan termampu digunakan dan 130 juta orang telah terbang kerana kami," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan