Kerajaan Tidak Berjanji Sesuatu Yang Sukar Dipenuhi - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak akan berjanji sesuatu yang tidak mampu dipenuhi semata-mata untuk menagih simpati rakyat.

Timbalan Perdana Menteri juga menarik perhatian bahawa sebagai pemerintah yang bertanggungjawab kerajaan tidak boleh memberi harapan tanpa berlandaskan keupayaan dan kemampuan yang dimiliki.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata itu adalah antara intipati ucapan Timbalan Perdana Menteri pada perhimpunan sempena sambutan ulang tahun ke-50 Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin, yang dihadiri lebih 10,000 orang.

Menjelaskan mengenai ucapan Timbalan Perdana Menteri pada majlis tertutup itu kepada pemberita, beliau berkata Muhyiddin juga menegaskan kerajaan juga tidak akan terpengaruh dengan mainan politik pembangkang yang suka melafazkan janji indah tanpa memikirkan sama ada harapan itu mampu dipenuhi atau sebaliknya, katanya.

Katanya Timbalan Perdana Menteri berkata ini hendaklah diperbetulkan kerana selaku kerajaan yang memerintah, ia tidak boleh memberi harapan yang tidak berlandaskan keupayaan dan kemampuan kerajaan.

"Kita kerajaan, mereka (pembangkang) boleh berjanji bulan dan bintang kerana dia pembangkang, sama ada mereka ada peruntukan atau tidak itu tidak penting...persoalannya bolehkan mereka tunaikan janji itu," katanya merujuk ucapan Muhyiddin.

Menurut Mohd Shafie, Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap Kemas atas sumbangannya membangunkan masyarakat luar bandar sejak ditubuhkan pada 1961 khususnya dalam aspek pendidikan.

Katanya Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya Kemas terus memainkan peranannya yang terbukti berjaya membantu kerajaan dalam meningkatkan tahap pendidikan serta memantapkan sumber ekonomi masyarakat luar bandar yang mana hasilnya adalah cukup besar dan bermakna.

Selain itu, Mohd Shafie berkata peserta turut diperjelaskan mengenai dasar-dasar kerajaan terutamanya berkaitan dengan Belanjawan 2012 yang selama ini sering diputar-belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya pada perhimpunan lebih dua jam itu, Muhyiddin telah mengambil kesempatan menjelaskan beberapa perkara lain berkaitan dasar kerajaan tetapi ia bukanlah melibatkan sesuatu yang sensitif.

Terdahulu, ketibaan Timbalan Perdana Menteri yang diiringi dua Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu disambut dengan persembahan silat Melayu oleh lebih 20 kanak-kanak gabungan pelajar Tadika dan Taska Kemas.

Muhyiddin kemudiannya dibawa melawat dan seterusnya merasmikan pameran yang memaparkan sejarah serta aktiviti Kemas sempena sambutan ulang tahun tersebut.

Kemas telah ditubuhkan secara rasmi oleh perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein pada 1961 dengan tujuan untuk membasmi buta huruf memandangkan 1.8 juta penduduk negara ketika itu tidak boleh membaca. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan