Jururawat Jumpa Bayi Dalam Beg

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR STAR: Seorang bayi yang ditinggalkan di bawah sebatang pokok berhampiran Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar masih berpeluang untuk hidup apabila dijumpai seorang jururawat yang mendengar tangisan halusnya.

Nasib bayi itu mungkin lebih malang jika jururawat tersebut tidak menjumpainya pada waktu tengah hari di tempat yang jarang dilalui orang itu, Isnin.

Setelah mendengar tangisan, jururawat tersebut mencari kemudian menjumpai seorang bayi lelaki masih bertali pusat yang dibalut dengan tuala kotor dan diletakkan di dalam satu beg kitar semula.

Jururawat yang tidak mahu dikenali itu kemudian bergegas membawa bayi tersebut ke bilik kecemasan klinik tersebut dan didapati berada dalam keadaan baik tetapi lapar.

Bayi malang itu kemudian dimandikan dan diberi minum susu formula.

Kakitangan klinik menjangkakan keadaan bayi tersebut yang dijumpai kotor mungkin berpunca daripada dilahirkan di tempat tidak bersih mahupun ditinggalkan di tempat terbuka dalam masa yanga gak lama.

Bayi tersebut juga dijumpai sejam sebelum hujan turun dengan lebat.

Selepas laporan polis dibuat, bayi tersebut dibawa ke Hospital Sulatanah Bahiya, di sini, untuk menjalani pemerhatian kesihatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superitendan Baharom Abu berkata bayi tersebut dipercayai dilahirkan empat jam sebelum ditemui dan sisatan lanjut akan dijalankan.

Bayi tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan selepas didapati sihat sepenuhnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan