Anggota Umno Di Negeri Pembangkang Mesti Tumpu Menangi Kerusi Ditandingi

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata anggota Umno di negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang perlu menumpukan perhatian untuk memenangi kerusi yang ditandingi.

Sambil mengingatkan anggota Umno di negeri berkenaan supaya tidak terlalu fokus menonjolkan diri sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum akan datang, beliau berkata tiada erti menjadi calon BN tetapi parti kalah di kawasan mereka.

"Selepas kita kalah, kita tidak akan ada wakil di kawasan itu kerana kita pentingkan diri. Ini masanya untuk kita bekerja, membantu, menjayakan agenda terbesar kita iaitu kesejahteraan negara," kata Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 2 2011 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keghairahan segelintir anggota Umno di negeri yang dikuasai pembangkang menonjolkan diri untuk menjadi calon pilihan raya.

Mohd Shafie berkata secara umumnya, beliau berpuas hati dengan prestasi anggota Umno.

"Saya tahu mereka (anggota Umno) bekerja keras seperti yang ditonjolkan di Kelantan, Pulau Pinang. Macam-macam kaedah dan inovatif yang mereka buat. Ada gelombang merah dan di Selangor, jentera sedang bekerja kuat untuk memastikan negeri itu kembali ke tangan kita."

Seramai 300 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan menghadiri mesyuarat dua hari yang bertujuan mewujudkan kerjasama lebih rapat antara kementerian dan pejabat-pejabat daerah dan residen di seluruh Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan